Halaman

8 Julai 2015

Peringkat Kehidupan Dan Matlamat Kewangan Anda!!

Dalam kehidupan ini, anda semua pastinya akan melalui peringkat kewangan dalam kehidupan dimana ianya bermula daripada memulakan kerjaya hingga persaaan, daripada seorang bujang sehingga berkahwin dan seterusnya mempunyai anak dan kadangkala juga membujang sekali lagi.
Peringkat Kehidupan Dan Matlamat Kewangan Anda!!


Di dalam fasa-fasa kehidupan, anda mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan yang berbeza-beza. Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan cabaran yang amat berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam memelihara stategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan yang sempurna membolehkan anda membuat persediaan untuk mencapai dengan jayanya.

Apabila berusia 20-an, anda akan dapat melihat perbelanjaan wang secara berbeza berbanding apabila berusia 50-an. Sebagai contoh, semasa anda bujang, anda mungkin ingin memiliki kewangan yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kerata atau berkahwin atau bercuti bersama rakan-rakan. Selepas berkahwain, anda mungkin mahu membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka malah juga memulakan tabung persaraan.

Memandangkan keperluan anda berbeza-beza, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam kehidupan anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda.

Peringkat Kehidupan Dan Matlamat Kewangan Anda!!
Kita akan lihat bagaimana anda mampu mencapai matlamat kewangan anda dalam bab-bab yang berikut dalam post yang berikutnya. Walaubagaimana pun, adalah berfaedah untuk ditekankan di sini bahawa untuk mencapat matlamat kewangan, anda perlu untuk menabung dari sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mata Camey Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign