Tong gas yang digunakan bagi tujuan memasak adalah
peralatan yang wajib ada di setiap dapur setiap rumah . Tong gas ini mempunyai
risiko berlakunya kebocoran gas pada hos ataupun kepala gas yang digunakan.
Juka berlakunya kebocoran pada tong gas berkenaan boleh
mengakibatkan kebakaran dan seterusnya boleh juga mengakibatkan letupan. Oleh
itu, penjagaan dua peralatan ini hendaklah perlu dipantau rapi sepanjang masa.
Sifat Gas asli cecair (LPG-Liquid Petroleum Gas) itu
lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar
dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan permis perniagaan. Gas
itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang
kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai
sisa-sisa gas berkenaan.
Namun, pada kali ini ada 3 perkara
nak kongsi.
1. Encik bomba yang padamkan api
rumah saya pesan. Kalau punca dari gas, mula-mula ambil tuala basah. Letak pada
tempat yang keluar gas tu. Kemudian, cabut kepala gas. Gas sekarang tak meletup
sebab fungsi gas tu keluar je. Sebab tu kena tutup. Tapi sebab tadi saya pun
takde info pasal ni, main simbah air je. Berbaldi-baldi. Tapi api tak padam
jugak.
2. Polis yang datang rumah pesan
juga. Guna hos yang hitam tu. Yang itu lebih tebal. Jangan guna yang jernih.
Nipis.
3. Encik maintenance apartment ni
pun datang check. Dia pesan, beli kepala gas yang boleh pusing tu. Dengan hos
sekali. Satu set beli dengan petronas. Fungsi dia, akan lock gas tu dari keluar
berbanding kepala gas yang kita pusing atas bawah tu.
Tiga tips ni saya rasa patut kongsi
dengan semua. Harap semua boleh check dapur masing-masing demi nak elakkan
kejadian buruk berlaku.
Bomba bagitau saya..nasib baik
jiran-jiran awak baik. Diaorang pun tolong kami tadi padamkan api. Bagus jiran
awak katanya.
Cepat.
Alhamdulillah.
.syukur sangat.
Bersangka baik. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Bersangka baik. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
