Halaman

5 Julai 2015

5 Langkah Terbaik Perancangan Kewangan

Apakah Itu Perancangan Kewangan?

          Sekiranya anda ingin menjalankan apa-apa aktiviti seperti melancong dan sebagainya, apakah yang perlu anda lakukan? sudah semestinya pelbagai persoalan yang akan timbul bagi memastikan kelancaran aktiviti melancong anda. Begitu juga dengan perancangan kewangan, dimana anda perlu juga merancang hasil pendapat yang diperolehi serta merancang perbelanjaan yang akan dilakukan seperti perbelanjaan bulanan (pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan, barang dapur, persekolahan anak dan lain-lain lagi).

          Perancangan kewangan mempunyai perancagan jangka masa panjang dan perancangan jangka masa pendek. Setiap perancangan perlulah melihat matlamat masa depan anda serta keperluan semasa. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan seperti contohnya berkahwin, pembelian kereta, pembelian rumah, keperluan barangan anak dan juga pembiayaan pendidikan anak. Bagi memenuhi hasrat dan impian ini perancangan kewangan yang rapi amat diperlukan bagi penyediaan bajet, belanjawan dan tambahan pendapatan.

5 Langkah Terbaik Perancangan Kewangan

Langkah-Langkah Terbaik Perancangan Kewangan

5 langkah yang penting di dalam perancangan kewangan adalah:
  1. Menilai Kedudukan Kewangan Anda Sekarang.
  2. Menetapkan Matlamat.
  3. Menyediakan Pelan Kewangan.
  4. Melaksanakan Pelan Tersebut.
  5. Memantau Dan Menilai Semula.
         Semestinya ramai orang yang akan menganggap bahawa perancangan kewangan adalah sesuatu yang membebankan dan menjadi penghalang bagi anda untuk melakukan perkara yang menyeronokkan (bersuka ria) dan membazirkan wang. Cuba anda berfikir sejenak, jika anda melakukan penjimatan kewangan @ berjimat cermat didalam perbelanjaan seharian. Sebenarnya anda masih boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa menjejaskan perbelanjaan anda.

Kelebihan Pelan Kewangan Peribadi 

  • Anda mampu mengawal kewangan anda dan berupaya untuk mengelakkan daripada perbelanjaan yang berlebihan, hutang yang tertunggak, menjadi bankrap dan mengharapkan bantuan orang lain.
  • Akibat tidak mengharapkan bantuan orang lain, perhubungan peribadi anda dengan orang lain akan menjadi erat kerana anda tidak perlu meminjam atau meminta-minta dan sahabat handai, keluarga, rakan sekerja dan lain-lain.
  • Anda tidak berasa bimbang kerana anda telah merancang kewangan masa depan bagi menjangka perbelanjaan dan dapat mencapat matlamat yang ditetapkan.
  • Kehidupan lebih efektif kerana berjaya menggunakan dan melindungi sumber kewangan sepanjang hayat yang mana bukan hanya pada diri sendiri akan tetapi kepada suami/isteri dan anak anda yang tersayang. 
LIHAT SELANJUTNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mata Camey Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign