Halaman

4 Ogos 2015

MAKANAN-MAKANAN YANG BOLEH MENJEJASKAN DIET LELAKI





MAKANAN-MAKANAN YANG BOLEH MENJEJASKAN DIET LELAKI

Kebiasaannya kita mendenger isitlah diet ini lebih kepada wanita.. akan tetapi pada zaman sekarang diet juga kerap diamalkan oleh lelaki kerana mereka takut gemuk atau boroi. Selain berdiet juga lelaki sekarang suka menjaga penampilan diri dengan pergi ke gym dan bersukan supaya kelihatan ‘sado’ dan slim supaya memudahkan mereka untuk berfesyen..

Oleh itu, untuk tampil  dengan lebih sihat anda perlu mengelakkan dari pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menjejaskan diet anda seperti di bawah:-

Minuman bergas/ berkarbonat
Kekerapan mengambil minuman bergas yang sejuk, segar dan manis boleh menyebabkan ketagihan kepada seseorang. Minuman bergas berkenaan mengandungi kandungan kafein dan gula yang tinggi menjadi penyebab kepada kebergantungan dan ketagihan yang berterusan. Kebanyakkan minuman bergas boleh dikatakan hampir tidak mempunyai sebarang khasiat atau nutrien. Pengambilan minuman secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan, diabetes, kerosakan gigi dan juga kanser. Oleh itu, ia perlu dibuang daripada diet harian anda. Cara penggantian yang terbaik adalah dengan mengamalkan minuman jus buah-buahan segar atau air mineral.

MAKANAN-MAKANAN YANG BOLEH MENJEJASKAN DIET LELAKI

Pengambilan Kopi/Kaffien
Ramai lelaki yang gemar meminum kopi, terutamanya pengambilan kopi pada sarapan pagi dan lepak tengah malam.. Sama seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan meminum kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu, kebanyakan kopi yang dijual dipasaran pada hari ini adalah menggunakan krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Selain itu juga, pengambilan kopi 3-in-1 juga sangat berbahaya kerana kandungan gula dan perisa tambahan yang agak tinggi. Oleh itu, jika anda terasa untuk minum kopi, bancuhlah kopi anda sendiri dengan mengurangkan krimer, susu dan gula dalam kopi anda (tapi ingat diet anda.. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis pada senyuman).

Produk Berasaskan Tepung
Anda cuba untuk mengelakkan daripada pengambilan makanan produk yang berasakan tepung seperti roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya (fortified). 'Tepung yang diperkaya' menunjukkan bahawa tepung tersebut sudah mengalami proses 'bleached' dan telah kehilangan sumber khasiat berharga. Sebaliknya, gunakanlah roti penuh gandum bagi kesihatan dan diet anda.

Roti, Kek, Keju Dan Muffin
Roti, Kek Keju dan Muffin bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkalanya di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun tertulis 'tanpa lemak tepu' pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan itu kerana sesetengah pengeluar makanan menggunakan strategi tersebut untuk melariskan produk mereka.

 Makanan / Minuman Segera
Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman segera di pasaran. Makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita kerana faktor kepadatan jadual harian. Makanan dan minuman segera ini mempunyai kandungan garam, lemak dan perisa tambahan yang sangat tinggi serta "zero nutrient".  Pengambilan secara berterusan akan memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa panjang kerana kalori yang sangat tinggi.

Makanan Dalam Tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang tinggi. Begitu juga kandungan garam dan gula serta pengawet. Jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengambil makanan sebegini kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.

Makanan Bergoreng
Setiap makanan digoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak, atau makanan yang digoreng dengan mentega dan telur yang banyak. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan bergoreng. Jika teringin untuk makan makanan bergoreng, anda boleh menggoreng makanan anda sendiri dengan menggunakan minyak yang sihat seperti minyak olive. Selain itu, anda boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti bakar, kukus atau gril.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mata Camey Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign