Halaman

30 September 2015

Perkara yang anda perlu tahu tentang Tong Gas

Tong gas yang digunakan bagi tujuan memasak adalah peralatan yang wajib ada di setiap dapur setiap rumah . Tong gas ini mempunyai risiko berlakunya kebocoran gas pada hos ataupun kepala gas yang digunakan.
 
Tong Gas
gambar hiasan
Juka berlakunya kebocoran pada tong gas berkenaan boleh mengakibatkan kebakaran dan seterusnya boleh juga mengakibatkan letupan. Oleh itu, penjagaan dua peralatan ini hendaklah perlu dipantau rapi sepanjang masa.

Sifat Gas asli cecair (LPG-Liquid Petroleum Gas) itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan permis perniagaan. Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan.

Namun, pada kali ini ada 3 perkara nak kongsi.
1. Encik bomba yang padamkan api rumah saya pesan. Kalau punca dari gas, mula-mula ambil tuala basah. Letak pada tempat yang keluar gas tu. Kemudian, cabut kepala gas. Gas sekarang tak meletup sebab fungsi gas tu keluar je. Sebab tu kena tutup. Tapi sebab tadi saya pun takde info pasal ni, main simbah air je. Berbaldi-baldi. Tapi api tak padam jugak.

2. Polis yang datang rumah pesan juga. Guna hos yang hitam tu. Yang itu lebih tebal. Jangan guna yang jernih. Nipis.

3. Encik maintenance apartment ni pun datang check. Dia pesan, beli kepala gas yang boleh pusing tu. Dengan hos sekali. Satu set beli dengan petronas. Fungsi dia, akan lock gas tu dari keluar berbanding kepala gas yang kita pusing atas bawah tu.

Tiga tips ni saya rasa patut kongsi dengan semua. Harap semua boleh check dapur masing-masing demi nak elakkan kejadian buruk berlaku.

Bomba bagitau saya..nasib baik jiran-jiran awak baik. Diaorang pun tolong kami tadi padamkan api. Bagus jiran awak katanya. 
Cepat.
Alhamdulillah.
.syukur sangat.
Bersangka baik. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.


20 Ogos 2015

Jauhi Riba Dalam Urusniaga Emas

Jauhi Riba Dalam Urusniaga Emas
AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.
 
Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.
 
Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)
 
Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.
 
Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin al-Samit :Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)
 
Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.
 
Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.
 
Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).
 
Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.
 
Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)
 
Makluman: Artikel ini dipetik secara langsung dari akhbar Utusan Malaysia Online pada 19 Mei 2011.

19 Ogos 2015

Adakah Anda Berniaga Cara Rasulullah S.A.W?

Adakah Anda Berniaga Cara Rasulullah S.A.W?

Berniaga pada masa kini TIDAK lagi dianggap pilihan terakhir bagi golongan yang sukar menerima pekerjaan, menceburi bidang perniagaan kini semakin popular dalam kalangan masyarakat bukan sahaja bagi yang kurang dalam pencapaian akademik malah daripada pelbagai golongan.
 
Sehinggakan berniaga turut dilakukan oleh mereka yang telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai menjana pendapatan sambilan, berikutan pulangan serta peluang memperoleh keuntungan yang memberangsangkan.
 
Terbukti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperoleh) melalui perniagaan.” Bidang perniagaan ternyata merupakan ibu segala rezeki yang menjanjikan pendapatan yang tidak terhad kepada orang yang berniaga.
 
Namun realitinya, dalam mengejar sumber lubuk pendapatan itu kadangkala telah menutup pintu hati individu yang terlibat dalam urusan berjual beli itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja dengan alasan ingin mengaut keuntungan tanpa mengira soal halal dan haram.
 
Perkara yang asalnya dituntut dan menjadi sunah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu disalah guna sehingga menjadikannya pelbagai taktik kotor dan penipuan sebagai sumber untuk melariskan perniagaan.
 
Pakar fikah kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, walaupun mudah diketahui secara teori, namun cabaran yang berlaku pada dunia realiti sangat menguji keimanan seseorang peniaga untuk mengamalkan perniagaan secara patuh syariah.
 
Justeru, tambahnya, Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar kepada ahli perniagaan yang amanah dalam menjalankan perniagaan dan benar-benar mematuhi tuntutan syariat sebagaimana golongan mujahidin yang syahid dalam peperangan.
 
INI bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Peniaga yang jujur dan amanah, (akan berada di dalam syurga) bersama para nabi, siddiqin dan para syuhada.” Bagaimanapun sebaliknya beliau berkata, orang yang melakukan dosa dalam perniagaan akan menerima dosa yang sangat berat sehingga dilaknat oleh Allah SWT dan tidak menerima syafaat daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
 
“Bukan sahaja cabaran dalam aspek saingan, tetapi menceburi bidang perniagaan mempunyai dugaan yang lebih besar iaitu menggalas amanah untuk menjalankan urusan jual beli mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syariah. Walaupun pada asasnya dilihat mudah, tetapi sangat sukar apabila berdepan dengan situasi sebenar.
 
“Namun, bagi mereka yang meletakkan kedudukan perniagaan pada kedudukan yang salah dengan mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan syariah seperti melakukan riba, diibaratkan mereka ini menganggap seperti Allah SWT itu adalah musuh mereka.
 
“Oleh itu, hilang segala keberkatan dalam perniagaan golongan itu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja, Ciri Bisnes Model Rasulullah SAW pada seminar Pelaburan Hartanah dan Kemahiran Bisnes, baru-baru ini.
 
Program sehari itu turut membawakan jutawan hartanah, Azizi Ali dan perunding motivasi terkemuka, Dr. Azizan Osman.
 
Berniaga sama seperti berdakwah
 
Selain menjanjikan keuntungan, Zaharuddin berkata, menjalankan perniagaan sendiri dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan dosa kecil secara luar sedar, di samping dapat mendekatkan hati kepada Allah SWT secara tidak langsung.
 
“Kelebihan menjalankan perniagaan sendiri adalah dapat mengurangkan syubhah (keraguan) terutamanya dalam urusan kecil. Sebagai contoh, menggunakan barang kemudahan pejabat untuk kepentingan sendiri atau mencuri masa untuk kegunaan peribadi.
 
“Berniaga sendiri dapat mengelakkan daripada melakukan salah laku perkara kecil ini yang dikhuatiri mencemarkan pendapatan menjadi haram. Ini kerana segala kelengkapan dan masa bertugas itu adalah untuk diri kita sendiri jika mempunyai perniagaan sendiri.
 
Mempamerkan kelebihan dan kelainan tersendiri untuk menarik minat khalayak mendapatkan produk jualan, menjalankan urus niaga boleh dikaitkan seperti menyebarkan dakwah.
 
Zaharuddin berkata, pelbagai pendekatan yang digunakan dalam usaha menarik pengguna mempunyai konsep yang sama dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai untuk mengenali Islam.
 
“Sama seperti memasarkan produk dalam perniagaan, berdakwah juga memerlukan cara yang sama dalam memasarkan keunggulan dan keagungan Islam supaya diterima orang ramai.
 
“Selain itu, Islam turut menggalakkan umatnya untuk berniaga bagi memperkukuh ekonomi Islam dan menyaingi perolehan dalam ekonomi orang kafir yang menjalankan perniagaan tanpa panduan serta batasan.
 
“Tanpa kekuatan ekonomi, Islam juga akan dipandang rendah oleh masyarakat bukan Islam secara tidak langsung menjauhkan mereka kepada Islam,” jelasnya.
 
- Artikel ini dipetik secara langsung dari akhbar Utusan Malaysia Online, yang disiarkan pada 24hb. Mac, 2015

13 Ogos 2015

Tips Langkah Keselamatan Sebelum Tidur

Tips Langkah Keselamatan Sebelum Tidur

[LETAKKAN KUNCI KERETA DI TEPI KATIL SEWAKTU HENDAK TIDUR]
  1. Beritahu isteri, anak2, jiran2, ibubapa, adik-beradik dan sesiapa saja supaya letakkan Kunci kereta mereka di tepi katil sewaktu hendak tidur. Jangan lupa supaya sentiasa kunci pintu bilik tidur anda. Sekiranya terdengar bunyi bising di luar rumah atau ada org cuba memasuki rumah, tekan saja butang panik.
  2. Alarm kereta akan berbunyi dan hon juga akan terus berbunyi sehinggalah ianya dimatikan atau bateri habis. Ianya adalah sistem alarm sedia ada. Boleh didengari di mana-mana saja dalam rumah.Berkesan jika kereta diletakkan di depan rumah atau dlm garaj. Bila alarm kereta berbunyi ketika seseorang itu cuba memasuki rumah, tentu pencuri/perogol tersebut tidak akan tunggu lama
  3. Beberapa saat kemudian semua jiran akan membuka tingkap dan menjenguk keluar untuk melihat siapa yg berada di luar dan sudah tentu penjenayah tak mahu perkara itu terjadi. Dan ingat untuk membawa kunci kereta ketika berjalan ke kereta di tempat letak kereta. Cara yang sama boleh digunakan.
  4. Ia boleh menyelamatkan nyawa atau dari jenayah rogol. Juga berguna untuk tujuan kecemasan seperti serangan jantung di mana talipon tidak dpt digunakan.
*Perkongsian tips untuk semua.. Jgn lupa juga untuk berdoa memohon perlindungan sebelum tidur..

Mata Camey Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign